Penyakit Jantung, Ketahui Risikonya Semasa Hamil

Bookmark and Share
Penyakit Jantung
Dianggarkan hampir 30% ibu hamil menghidap penyakit jantung. Penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian ibu.

Penyakit jantung yang paling kerap terjadi di Malaysia ialah:
~ Masalah pada injap jantung (Rheumatic Heart Disease)
~ Masalah jantung congenital

Apakah tanda dan gejala penyakit jantung?
~ Cepat penat semasa melakukan aktiviti biasa.
~ Sesak nafas semasa melakukan aktiviti ringan.
~ Kerap sakit dada.
~ Berdebar-debar
~ Pitam
~ Kebiruan pada kuku dan bibir
~ Pangkal kuku membengkak

Apakah kesan penyakit jantung kepada ibu dan bayi jika tidak dirawat?

Kesan kepada ibu
~ Kegagalan fungsi jantung
~ Kematian
~ Lemah jantung

Kesan kepada bayi
~ Pertumbuhan bayi terbantut dalam kandungan
~ Mati dalam kandungan
~ Kelahiran pramatang
~ Kecacatan pada bayi

Apa yang perlu dilakukan?

Jika puan penghidap penyakit jantung, puan perlu:
~ Berbincang dengan doktor untuk merancang kehamilan
~ Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan mendapat pemeriksaan awal kehamilan.
~ Mematuhi arahan doktor
~ Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan.
~ Rehat secukpnya
~ Elakkan merokok dan minum arak
~ Kurangkan pengambilan makanan bergaram
~ Mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Penjagaan selepas bersalin
~ Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif.
~ Mengambil ubat mengikut arahan doktor.
~ Mematuhi temujanji dan rawatan susulan di hospial pakar.
~ Mengamalkan pemakanan yang seimbang.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar