Pelalian BCG

Bookmark and Share
Jika Tiada Kesan Parut Dapatkan Semula Suntikan. Pelalian BCG dapat melindungi anak anda daripada penyakit tibi.

Pembentukan Parut Pelalian BCG
Pelalian BCG diberikan kepada bayi baru lahir. Pelalian yang berkesan akan meninggalkan parut di tempat suntikan BCG.

Proses Pembentukan Parut
~ Sejurus selepas suntikan akan timbul kesan kemerahan / keradangan.
~ Dalam jangka masa 3 hingga 6 minggu, satu bintat (papule) kecil kemerahan akan kelihatan.
~ Akhirnya parut kecil akan terbentuk pada tempat suntikan.

Sekiranya tiada parut selepas 3 bulan suntikan diberi, segera bawa bayi ke klinik / hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan dapatkan suntikan BCG semula.

Imunisasi BCG
~ Satu proses pemberian vaksin melalui suntikan di bawah kulit kepada bayi yang baru lahir.
~ Bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit tibi.
~ Merupakan cara yang paling berkesan untuk menguatkan daya ketahanan tubuh dalam mencegah penyakit tibi.

Kenapa perlu pelalian BCG
~ Mengurangkan risiko tibi paru-paru.
~ Mencegah kejadian tibi yang teruk seperti tibi otak dan tibi miliari.
~ Mencegah kematian akibat tibi.

oleh itu, pastikan bayi anda mendapat pelalian tibi.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar