Campak ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus campak. Penyakit ini bermula dengan tanda-tanda selesema, batuk dan mata merah. Anak akan demam dan disusuli dengan timbulnya ruam merah. Ruam ini bermula di muka dan leher selepas 4 hari anak demam dan seterusnya keseluruh badan. Ruam ini berterusan sehingga seminggu. Campak adalah jangkitan kanak-kanak yang selalunya tiada kesan sampingan. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah dengan suntikan pelalian campak. Pelalian ini diberi ketika anak berumur 9 bulan.
Tanda-Tanda
Penyakit beruam lain seperti roseola, rubela dan penyakit virus lain sukar dibezakan daripada campak. Dalam istilah Bahasa Melayu, perkataan campak merangkumi semua penyakit yang beruam ini.
Tanda-Tanda
- Selsema, mata merah dan berair pada permulaan penyakit
- Batuk dan demam
- Ruam merah di muka dan merebak ke seluruh badan
- Beri ubat paracetamol jika anak demam
- Beri anak minum secukupnya
- Jangan hantar anak ke sekolah
- Sapukan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan
- Tanda-tanda campak dikenal pasti
- Kadar pernafasan anak melebihi 40 kali seminit
- Batuk yang berpanjangan
- Demam yang tidak reda sesudah diberi ubat
- Anak tidak makan dan minum secukupnya
- Anak kelihatan letih lesu, terlalu mengantuk atau muntah-muntah
- Anak sawan
Penyakit beruam lain seperti roseola, rubela dan penyakit virus lain sukar dibezakan daripada campak. Dalam istilah Bahasa Melayu, perkataan campak merangkumi semua penyakit yang beruam ini.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar