Persediaan Sebelum Hamil

Bookmark and Share
Secara fitrahnya setiap wanita pasti berhasrat untuk mempunyai sekurang-kurang seorang cahaya mata untuk melengkap dan menjadi penyeri sebuah rumahtangga bersama pasangannya. Ini yang dinamakan sebagai naluri keibuan yang dikurniakan Allah SWT kepada setiap wanita. Kehamilan memerlukan persediaan yang rapi dari pelbagai aspek. Oleh itu, bakal-bakal ibu yang ingin hamil perlu menitikberatkan soal persediaan dan perancangan kehamilan yang sempurna. Banyak perkara bakal ditempoh oleh wanita hamil. Sebaik-baiknya bakal ibu seharusnya bersedia dari segi mental, rohani, fizikal serta mendalami ilmu keibubapaan dengan sewajarnya. Ilmu keibubapaan dapat membantu pasangan suami isteri mendalami segala maklumat yang berkaitan kehamilan. Disamping itu, faktor ekomoni juga perlu diambilkira. Justeru itu, jarak kehamilan untuk setiap bakal cahaya mata juga harus diberikan keutamaan sekiranya anda ingin merancang anak yang ramai.


Merancang Kehamilan Yang Berkualiti

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan untuk mempunyai zuriat sendiri. Memiliki cahaya mata yang sihat dan sempurna merupakan hasrat setiap pasangan suami isteri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap pasangan untuk memastikan proses kehamilan anda bermula dengan sebaik-baiknya. Perancangan kehamilan yang rapi perlu dirangka sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda merancang untuk hamil. Ini bertujuan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil, malahan juga menjamin bayi anda lahir secara normal dan sihat.

Perkembangan bayi mudah terjejas jika beberapa perkara dipandang ringan pada beberapa minggu pertama kehamilan, sekiranya anda tidak menyedari anda telah hamil ketika itu. Perkara ini sering berlaku kerana kurangnya perancangan awal kehamilan.

Selain itu, antara aspek lain yang perlu dititikberatkan adalah menjaga kecergasan badan, pengamalan diet yang seimbang, risiko bahaya di tempat kerja yang boleh mempengaruhi kesihatan bayi, vaksin kehamilan yang telah diterima serta pelbagai lagi. Perancangan kehamilan yang teliti dapat memberi anda masa untuk menimbangkan risiko ini dan jika perlu, melakukan sesuatu yang positif terhadapnya.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar