Buasir Dan Kehamilan

Bookmark and Share
Memang benar, ramai di kalangan wanita hamil menghidapi masalah buasir (hemeroid). Namum jangan risau kerana masalah ini akan hilang beberapa minggu selepas bersalin.

Sebenarnya, buasir adalah masalah bengkak urat pada bahagian dubur. Orang ramai menggagap masalah ini adalah sesuatu yang kelakar, namum yang menghidapinya tahu masalah ini bukan sesuatu yang boleh dibawa bergurau kerana penghidapnya akan rasa tidak selesa sepanjang masa.

Buasir memang sering terjadi semasa hamil. sesetengah wanita mangalami masalah ini ketika hamil buat kali pertama. Pun begitu, sekiranya seseorang itu pernah mengalaminya ketika belum hamil, besar kemungkinan masalah ini akan berulang semasa hamil.

Wanita hamil berkecenderungan untuk mendapat buasir akibat daripada pengaruh hormon-hormon semasa hamil. Ketika itu, dinding dan injap urat yang berada di sekitar dubur menjadi tegang. Pengaliran darah menjadi perlahan lalu mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.

Selain itu, saiz kandungan yang semakin membesar turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Tekanan yang diberi oleh kandungan terhadap saraf-saraf sekitar pelvik menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Akibatnya saraf tersebut membengkak. Masalah lazim yang dialami oleh penghidap buasir ialah rasa penuh pada bahagian dubur, gatal, sakit ketika membuka dubur dan ada kalanya berdarah.

Jika berhadapan dengan masalah ini, ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Antaranya ialah:
  • Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
  • Rendam punggung anda dalam air suam.
  • Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Anda juga boleh gunakan tisu berpelembap atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
  • Selain daripada itu, anda boleh juga dapatkan ubatan untuk melegakan buasir daripada doktor pakar.

Buasir boleh dielakkan dengan:
  • Makan makanan yang kaya dengan serat dan minum banyak air untuk mengelakkan sembelit.
  • Semasa mengembangkan usus, cubalah untuk bertenang dan jangan meneran.
  • Kerap melakukan senaman pelvik dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada kawasan tersebut.
  • Jangan duduk terlalu lama. Jika di tempat kerja, berehat seketika dengan berjalan-jalan selepas duduk untuk satu tempoh masa yang lama. Sekiranya anda di rumah, baring secara mengiring semasa tidur, membaca ataupun menonton untuk mengurangkan tekanan pada bahagian usus dan meningkatkan peredaran darah pada bahagian bawah badan.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar