Tip Jaga Tali Pusat Bayi

Bookmark and Share
Tali pusat atau 'umbilical cord' adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan kerana saluran inilah yang menyalurkan nutrisi, vitamin dan oksigen ke janin. Namum sebaik sahaja bayi dilahirkan tali pusat tidak diperlukan lagi dan dipotong dan diikat atau dikepit.

Pangkal atau sebahagian tali pusat yang masih melekat di perut bayi akan mengering dan biasanya akan tanggal sendiri dalam waktu 1 atau 3 minggu, meskipun ada juga yang mencapai 4 minggu. Umumnya, ibubapa baru agak takut-takut mengendalikan bayi baru lahirnya, terutama jika tali pusat bayi masih melekat. Walaupun nampak menakutkan, kenyataannya bayi anda tidak berasa sakit atau terganggu olehnya.

Sebenarnya merawat tali pusat ini adalah mudah. Yang penting, pastikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bersih dan kering. Sentiasa cuci menggunakan air bersih dan sabun. Umumnya, jururawat atau bidan akan memberi panduan kepada anda untuk membersihkan tali pusat menggunakan ubat khas. Terbaru WHO mengatakan bahawa membersihkan pangkal tali pusat ini cukup sekadar menggunakan air bersih dengan sabun, kemudian dikeringkan pada udara suhu bilik.

Kajian mendapati pangkal tali pusat lebih cepat tanggal menggunakan air bersih dan sabun berbanding menggunakan ubat-ubatan. Walaupun mencuci menggunakan sabun dan air biasa meninggalkan sedikit bau, tetapi ia tidak perlu dibimbangkan. Jika anda bimbang untuk memilih cara mana yang boleh digunapakai, lebih baik berbincang dengan doktor.

Apapun, selagi tali pusat tidak tanggal, sebaiknya jangan mandikan bayi dengan cara memasukkannya ke dalam air. Cukup sekadar dilap saja dengan air suam. Alasannya, untuk memastikan tali pusat sentiasa kering.

Jangan bimbang, bayi anda tetap wangi walaupun hanya dilap sahaja selama seminggu, bahagian yang harus dibersihkan dalam pangkal tali pusat, bukan atasnya. Untuk membersihkan pangkal ini, anda harus mengangkat sedikit tali pusat dengan perlahan. Ia tidak menyakitkan bayi.

Sisa air atau alkohol yang melekat pada tali pusat boleh dikeringkan dengan menggunakan kain kasa steril atau kapas. Setelah kering anginkan tali pusat. Anda dapat mengipas dengan tangan atau meniup-niupnya untuk mempercepatkan pengeringan. Tali pusat harus dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Tali pusat juga tidak boleh ditutup rapat dengan apapun, kerana akan membuatnya menjadi lembab. Selain melambatkan tanggalnya tali pusat, juga menimbulkan risiko infeksi (jangkitan). Kalaupun terpaksa ditutup (mungkin anda takut melihat tampalan tersebut).

Tutup atau ikat dengan longgar pada bahagian atas tali pusat dengan kain kasa steril. Pastikan bahagian pangkal tali pusat dapat terkena udara. Bila bayi menggunakan lampin pakai buang, pilihlah yang memang khusus untuk bayi baru lahir (yang ada lekukan di bahagian depan). Dan jangan kenakan seluar atau jump-suit pada bayi sehinggalah tali pusatnya tanggal.

Bila bayi anda menggunakan lampin kain, jangan masukkan baju atasannya ke dalam lampin. Biarkan tali pusat terkena udara agar cepat mengering dan tanggal. Biarkan tali pusat lepas dengan sendirinya. Jangan memegang mahupun menariknya kerana rimas melihatnya melekat di perut bayi anda.

Segera beritahu doktor jika tali pusat belum tanggal selepas minggu keempat atau adanya tanda-tanda infeksi seperti pangkal tali pusat dan sekitarnya berwarna merah, keluar cairan berbau, keluar darah atau bayi demam tanpa jelas sebabnya.

Selepas tali pusat tanggal, pusat bayi kadang-kadang kelihatan tertonjol. Jangan bimbang, ia akan menjadi normal (tidak terjojol) dengan sendirinya.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar