Mempunyai bayi kembar memang menyeronokkan walaupun mungkin agak meletihkan kerana beban penjagaannya meningkat 2 kali ganda atau mungkin lebih dari itu. Ibu yang hamil anak kembar sering berasa gusar memikirkan apakah dapat menjaga anak kembar sekaligus dalam satu satu masa. Jangan panik, jangan risau, panduan berikut membantu anda dalam menguruskan anak kembar.
Serba Berganda
Dari segi persiapan, kelahiran anak kembar disambut sama seperti bayi biasa yang lain. Bezanya, anda hanya perlu menggandakan keperluan yang telah disediakan itu. Malah, sebaiknya ibubapa saling berbincang tentang peranan tugas masing-masing agar jadual lebih tersusun dalam menjaga anak kembar.
Jika mampu, anda boleh mendapatkan khidmat pembantu untuk membantu menguruskan anak kembar anda. Jika tidak, jangan takut atau mudah panik. Umumnya anak kembar dikatakan memiliki sikap yang sama atau hampir sama. Contohnya, sewaktu bangun tidur, lapar, mengantuk, menangis malah jatuh sakit juga mungkin pada waktu yang sama. Keadaan ini sebenarnya memberi kelebihan pada ibubapa dalam menguruskan anak kembar kerana keadaan yang dilalui oleh kembar selalunya sama.
Dari segi keperluan, uruskan mereka satu persatu. Namum jika si kembar itu mahu melakukan urusan harian bersama, seperti mandi bersama, ia akan lebih memudahkan tugas anda. Sebenarnya lebih bagus jika si kembar mempunyai aktiviti sendiri dan tidak terlalu mempunyai banyak persamaan. Ini untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan mengelakkan mereka terlalu bergantung antara satu sama lain.
4 Bulan Pertama

- Ini mungkin waktu yang paling sukar untuk anda menguruskan anak kembar. Tidak salah anda mendapatkan bantuan daripada pihak lain seperti pembantu rumah, mahupun sanak saudara. Jangan abaikan setiap tawaran bantuan yang datang kerana anda amat memerlukannya waktu ini.
- Cuba kurangkan penggunaan tenaga di sekitar rumah anda. Contohnya anda mungkin boleh mengupah pembersih rumah untuk mencuci dan membersihkan rumah atau menggosok pakaian 3 hari atau seminggu? Sekurang-kurangnya ia amat membantu menjimatkan tenaga anda untuk urusan rumahtangga dan mengurangkan kepenatan anda untuk memberi tumpuan pada si kembar.
- Tidak salah dapatkan panduan tip dari ibu-ibu yang mempunyai anak kembar. Mungkin ada yang berguna boleh anda praktikkan.
- Adakalanya anda mungkin terlupa banyak perkara kerana harus mengingat lebih dari seorang anak dalam satu satu masa. Kerana itu tidak salah anda sediakan catatan bagi setiap kembar. Catatkan tentang jadual perubatan, yang mana telah mengambil ubat, yang sudah minum susu dan sebagainya. Ini membantu anda untuk mengingatkan keperluan si kembar anda.
- Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan bising atau tangisan yang berganda dari kembar anda.
- Gandakan juga perhatian anda terutamanya apabila si kembar sudah mula boleh bergerak sendiri.
- Belajarlah kemahiran dalam menguruskan anak kembar agar anda dapat menyesuaikan diri dan lebih arif dalam menguruskan mereka. Jangan rasa gusar bahawa anda tiada waktu kerana mengurus anak kembar. Sebaliknya anak kembar akan saling memahami dan mempunyai teman untuk membesar. Ini sebenarnya memberi anda waktu terluang kerana sejak lahir, mereka sudah mempunyai teman untuk melayani waktu tumbesaran mereka.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar